14 March 2009



Berkampung di Sg.Pergam

Satu program yg di adakan di kampung Sg.Pergam selama 3 hari 2 malam..
Sg.Pergam ini adalah tempat perkampungan orang asli dan program ini di bawah anjuran Kelab Pekim dengan kerjasama Kelab Pekim UDM.

Banyak pengalaman yang ingin saya kongsikan. Mengikut maklumat daripada Dr.Ramle, penasihat bagi Kelab PERKIM UDM, mereka semua telah memeluk Islam. namun, dari sudut praktikalnya masih lagi kurang.Semua program yang dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara kami dengan mereka. Salah satu program untuk medekatkan kita dengan mereka ialah, setiap seorang Pelajr UDM di jadikan sbg anak angkat.

Di sini, saya telah pergi ke rumah ayah angkat saya. Agak takut, sebab di kawasan rumah mereka di kelilingi oleh anjing. Tapi saya rasa selamat, kerana ayah angkat saya memahami dengan kehidupan kita sebagai Islam. Selain itu juga, ada sahabat yang telah memberi beberapa ayat untuk mengelak dari di dekati oleh anjing.

Anak-anak mereka amat ramah dengan saya. Dapat bermain sama-sama. Melihat kehidupan kanak-kanak di sana teringat dengan kehidupan masa zaman kecil-kecil dulu kat Kemaman.hehehehehehe...Sekarang ni, kehidupan saya telah di sibukkan dengan "assignment", persatuan, nak bersukan pun tak sempat.

Saya mengikuti Program PERKIM sejak dari tahun lepas lagi. Jadi, saya terfikir-fikir kenapa asyik pergi kat Kg.Orang Asli. Tapi sekarang saya faham, mereka juga memerlukan perhatian yang sepatutnya kita berikan. Lebih-lebih lagi tentang Islam. Banyak usaha yang telah di lakukan untuk memberi pengetahuan tentang Islam, seperti kelas agama. Tapi penekanan yang berterusan amat perlu.

Kesannya dapat dilihat bila kami buat kuiz agama, mereka turut libatkan diri. Antaranya dapat membaca azan. Mereka dapat menghayati tentang bagaimana kehidupan sebagai seorang Islam walaupun tidak sepenuhnya. Kami hanya memberi tunjuk ajar dari segi cara kehidupan

InsyaAllah, semoga mereka sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.

No comments:

Post a Comment