22 March 2010

Balik Rumah....

Alhamdulillah....

Dengan izin Allah, dpt juga saya balik rumah minggu lepas....
kelam kelibut jugak nak balik, sbb last minute decide nak balik...tengok kawan-kawan ramai je balik.....de juga rasa jeles...hehehehe....

Walaupun sekejap je dpt balk umah, tp dapat juga melepaskan rndu kat keluarga, lagi2 pada adik-adik yang sentiasa menceriakan suasana di rumah...ketawa mereka dpt mengubat hati yang rindu...sampai lupa masih banyak lagi kerja-kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksankan test, assignment, case review yang berlambak-lambak...

terasa sekejap je dapat duduk dirumah....dengan angah yang agak sibuk, lagi la sekejap dpt bersama dengan die...kalu tak, byk je crite-crite die yang nak dikongsikan...smpi xterdengar juga...hehehehe....

itu tak termasuk lagi crite kanak-kanak riang, my girls...hehehehe...sorang tu skang aktif bersukan "lumba lari", siap wakil sekolah lagi...insyaAllah, smoga menang utk perandingan itu nnt, biar makin banyak pingat... sorang lagi, disebabkan org len sibuk, die je la yang teman saya di rumah...men game sme2...smpi adik lak yang ajar kakak...sbenarnye, utk menguji sejauh mana kepandaian die...hehehehe...

rindnuya pada mereka...masa saya bersama mereka amatlah sekejap...dari mereka dilahirkan lagi...namun ukhwah antara kami sangatlah rapat...asal saya nak balk kampus je, mereka bertanya kenapa sekejap sangat balik...terharu juga dgn soalan tu...

Apapun, pasti satu masa nanti kita kan bersama jua...hehehehe....
Miss my family a lot....

03 March 2010

Diri ini Di uji lagi...

Adakah memerlukan definisi dan penjelasan tentang topik kali ini....
hehehe...begitulah y berlaku dalam kehidupan kuliah wardah...setiap kali dalam kelas, menjelang test, presentation, dan sewaktunya dengannya, semuanya memerlukan pendifinisian y tertentu...definisi adalah rahsia...hehehehe...

MasyaAllah, sepanjang 2 bulan ni, kehidupan wardah agak kelam kabut sedikit...kerja datang bertimbun-timbun...semuanya perlu disiapkan dan dihantar dalam masa y diberikan...walaupun tempoh telah diberikan, namun masih belum cukup lagi untuk membuat preparation y terbaik...tambahan lagi dengan kesuntukan masa...mungkin kali pertama jam kredit terlalu banyak untuk semester ni...dan juga penglibatan dalam Jessup, Mooting Competition... namun, pilihan telah dibuat....perlu ditempuhi jua...dan ia adalah satu tanggungjawab...

Alhamdulillah, kesemuanya telah wardah tempuhi...walaupun agak separuh kerja y diberikan sudah selesai, namun masih ada lagi beberapa assignment y perlu disiapkan... tapi, mungkin tidak sebeban sebelum ini...

Sesungguhnya Allah menguji seseorang itu bergantung kepada kemampuan diri masing-masing...sebenarnya, sepanjang 2 bulan ini, banyak pengalaman y diperolehi...especially, in handling training for my team,Jessup . tahap kesabaran telah di uji...namun Allah jua la tempat untuk bergantung...

malah, bukan itu sahaja, dari kesibukan ini juga dapat mendidik diri kita supaya hargai masa y ada...namun, bagi wardah, masih lagi dalam proses belajar untuk mengurus masa agar kerja-kerja dapat dibuat dan disiapkan dalam tempoh y telah ditetapkan...

Sebenarnya, berat mana ujian kalau ditempuhi dengan penuh kesabaran, insyaAllah, akan berjalan dengan lancar...jangan lupa berdoa...doa adalah jalan y terbaik...

13 February 2010

Perjalanan ini ku susuli....

Alhamdulillah.....masih berkesempatan untuk membuat catatan....
kadang-kadang kita di uji...sesungguhnya ujian itu adalah untuk mengajar diri kita agar sentiasa sabar menghadapinya...
kadang-kadang hati kita rapuh...mudah sungguh tergugat dengan bisikan-bisikan syaitan..

Namun itulah kehidupan di dunia ini...tiba-tiba teringat akan kata-kata seorang sahabat, biarkan dunia ini kita letakkan didalam genggaman kita...bukan di dalam hati kita...sungguh bermakna kata-kata itu...

Kalau kita dalami makna kata-kata ini, barulah kita mampu untuk menghadapi kehidupan di dunia ini...insyaAllah...biasalah sebenarnye, hati kita ini akan datang rasa terganggu...namun jangan mudah terikut dengan perasaan...ini juga peringatan kepada wardah sendiri...

22 January 2010

wardah telah kembali....

tiba-tiba rindu dengan dunia blog...kesian kat blog ni, sekejap je wujud....lepas tu dah tiada pengisian...mungkin wardah sedang mencari pengisian untuk kehidupannya yang sebenar...sedang mencari kehidupan yang telah hilang...agar dapat memberi pengisian yang berguna di blog ini untuk pembacanya...selama setahun ini, telah banyak peristiwa yang wardah tempuhi...dari pengalaman ini telah memberi kekuatan sedikit demi sedikit kepada wardah...semoga wardah sentiasa hidup dalam rahmat Allah...Amin..

27 March 2009



Hari Ko-K sedunia....

Hari ni, ada pertandingan badminton.anjuran Koko badminton.kire projek final..
wardah beregu dgn syaheed..hehehehe...
Setelah satu semester belajar bermain badminton, taklah sesusah mana...tapi, bak kata pepatah "practice make perfect"..
Pada mulanya, ingatkan sekadar main pukul bola,tapi ada teknik-teknik tertentu..
Cara nak pukul bola la,macam mana nak gerak ke kiri dan ke kanan pun de cara die...macam nak solat gak ler,ada pergerakan tertentu baru le sempurna solat tu...badminton pun macam tu gak kena ikut teknik-teknik yg telah ditentukan,kalu tak ikut maybe leh buat kite terseliuh ke,sakit pinggang ke...pada pandangan saya ler...fokusnya disini ialah setiap pergerakan tu mesti ada sebab musababnya..

Niat hanyalah sekadar untuk bersukan,bukanlah niat utk menang pertandingan ni...
Dapat bermain dengan baik, alhamdulillah, Allah permudahkan untuk wardah dan syaheed..
Semuanya pandai main....kemenangan dan kekalahan itu hanya sekadar untuk penentuan sahaja...

Melalui permainan ini pun kita dapat mengenali orang lain dengan lebih rapat, dapat mengeratkan ukhwah sesama kita...
Bg saya itulah sepatutnya yang wujud,menjaga ukhwah kita sesama umat islam....janganlah kita jadikan target untuk menang dalam pertandingan semata-mata sampai kita bermusuh sesama kita....Jauhkanlah dari ada persaan dengki dan benci sesama kita....

Didiklah jiwa kita agar agar sentiasa merasa rendah diri, didunia ini kita hanyalah sama disisi Allah.Didiklah hati kita agar sentiasa wujud kasih sayang sesama manusia.
Ini juga sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, kepada Wardah khususnya....


Agak lari dari tajuk...sebenarnya nak bercerita pasal tournament...hehehehe...namun itulah dakwah...sambil bersukan pun kita boleh berdakwah...malah dapat menyihatkan badan lagi....hehehehe

wallahua'lam....

14 March 2009



Berkampung di Sg.Pergam

Satu program yg di adakan di kampung Sg.Pergam selama 3 hari 2 malam..
Sg.Pergam ini adalah tempat perkampungan orang asli dan program ini di bawah anjuran Kelab Pekim dengan kerjasama Kelab Pekim UDM.

Banyak pengalaman yang ingin saya kongsikan. Mengikut maklumat daripada Dr.Ramle, penasihat bagi Kelab PERKIM UDM, mereka semua telah memeluk Islam. namun, dari sudut praktikalnya masih lagi kurang.Semua program yang dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara kami dengan mereka. Salah satu program untuk medekatkan kita dengan mereka ialah, setiap seorang Pelajr UDM di jadikan sbg anak angkat.

Di sini, saya telah pergi ke rumah ayah angkat saya. Agak takut, sebab di kawasan rumah mereka di kelilingi oleh anjing. Tapi saya rasa selamat, kerana ayah angkat saya memahami dengan kehidupan kita sebagai Islam. Selain itu juga, ada sahabat yang telah memberi beberapa ayat untuk mengelak dari di dekati oleh anjing.

Anak-anak mereka amat ramah dengan saya. Dapat bermain sama-sama. Melihat kehidupan kanak-kanak di sana teringat dengan kehidupan masa zaman kecil-kecil dulu kat Kemaman.hehehehehehe...Sekarang ni, kehidupan saya telah di sibukkan dengan "assignment", persatuan, nak bersukan pun tak sempat.

Saya mengikuti Program PERKIM sejak dari tahun lepas lagi. Jadi, saya terfikir-fikir kenapa asyik pergi kat Kg.Orang Asli. Tapi sekarang saya faham, mereka juga memerlukan perhatian yang sepatutnya kita berikan. Lebih-lebih lagi tentang Islam. Banyak usaha yang telah di lakukan untuk memberi pengetahuan tentang Islam, seperti kelas agama. Tapi penekanan yang berterusan amat perlu.

Kesannya dapat dilihat bila kami buat kuiz agama, mereka turut libatkan diri. Antaranya dapat membaca azan. Mereka dapat menghayati tentang bagaimana kehidupan sebagai seorang Islam walaupun tidak sepenuhnya. Kami hanya memberi tunjuk ajar dari segi cara kehidupan

InsyaAllah, semoga mereka sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.

04 March 2009

Lili untuk Najah





Pertama kali beli novel guna duit sendiri,kalu tak mesti pinjam dari kawan-kawan jer.
Sekarang sebab dah de duit poket sendiri, boleh ler beli buku sikit-sikit. Ikut hati nak kumpul buku, nnt leh buat koleksi sendiri. Beli pun lepas dah bertanya dengan kawan-kawan yg lain pasal buku ni. Kenalah buat sedikit pemantauan sebelum membeli sesuatu.hehehehe
Setelah baca semalam, memang sangat menyedihkan. betul ler pe yg org lain bgtau, novel ini sangat menyentuh hati. Walaupun hanya sebuah cerita dalam novel, tapi jika di teliti dengan mendalam, banyak maksud tersirat. Sebagai contoh, bagaimana kita hendak menempuh kehidupan sekiranya tiba-tiba je orang y kita sayang, dalam sekelip meninggalkan diri kita. Jodoh dan ajal di tangan Allah. Daripada novel ini juga dapat mengajar erti sebuah pengorbanan, terutamanya kepada keluarga.Selain itu, satu pengajaran yang amat bermaknn dapat saya kongsikan bersama,kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa walaupun bertentangan pendapat. Tanpa mereka siapalah kita.

Telah kau tunai seribu janji...
satu kau mungkit...
hidup bersamaku...