27 March 2009



Hari Ko-K sedunia....

Hari ni, ada pertandingan badminton.anjuran Koko badminton.kire projek final..
wardah beregu dgn syaheed..hehehehe...
Setelah satu semester belajar bermain badminton, taklah sesusah mana...tapi, bak kata pepatah "practice make perfect"..
Pada mulanya, ingatkan sekadar main pukul bola,tapi ada teknik-teknik tertentu..
Cara nak pukul bola la,macam mana nak gerak ke kiri dan ke kanan pun de cara die...macam nak solat gak ler,ada pergerakan tertentu baru le sempurna solat tu...badminton pun macam tu gak kena ikut teknik-teknik yg telah ditentukan,kalu tak ikut maybe leh buat kite terseliuh ke,sakit pinggang ke...pada pandangan saya ler...fokusnya disini ialah setiap pergerakan tu mesti ada sebab musababnya..

Niat hanyalah sekadar untuk bersukan,bukanlah niat utk menang pertandingan ni...
Dapat bermain dengan baik, alhamdulillah, Allah permudahkan untuk wardah dan syaheed..
Semuanya pandai main....kemenangan dan kekalahan itu hanya sekadar untuk penentuan sahaja...

Melalui permainan ini pun kita dapat mengenali orang lain dengan lebih rapat, dapat mengeratkan ukhwah sesama kita...
Bg saya itulah sepatutnya yang wujud,menjaga ukhwah kita sesama umat islam....janganlah kita jadikan target untuk menang dalam pertandingan semata-mata sampai kita bermusuh sesama kita....Jauhkanlah dari ada persaan dengki dan benci sesama kita....

Didiklah jiwa kita agar agar sentiasa merasa rendah diri, didunia ini kita hanyalah sama disisi Allah.Didiklah hati kita agar sentiasa wujud kasih sayang sesama manusia.
Ini juga sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, kepada Wardah khususnya....


Agak lari dari tajuk...sebenarnya nak bercerita pasal tournament...hehehehe...namun itulah dakwah...sambil bersukan pun kita boleh berdakwah...malah dapat menyihatkan badan lagi....hehehehe

wallahua'lam....

14 March 2009



Berkampung di Sg.Pergam

Satu program yg di adakan di kampung Sg.Pergam selama 3 hari 2 malam..
Sg.Pergam ini adalah tempat perkampungan orang asli dan program ini di bawah anjuran Kelab Pekim dengan kerjasama Kelab Pekim UDM.

Banyak pengalaman yang ingin saya kongsikan. Mengikut maklumat daripada Dr.Ramle, penasihat bagi Kelab PERKIM UDM, mereka semua telah memeluk Islam. namun, dari sudut praktikalnya masih lagi kurang.Semua program yang dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara kami dengan mereka. Salah satu program untuk medekatkan kita dengan mereka ialah, setiap seorang Pelajr UDM di jadikan sbg anak angkat.

Di sini, saya telah pergi ke rumah ayah angkat saya. Agak takut, sebab di kawasan rumah mereka di kelilingi oleh anjing. Tapi saya rasa selamat, kerana ayah angkat saya memahami dengan kehidupan kita sebagai Islam. Selain itu juga, ada sahabat yang telah memberi beberapa ayat untuk mengelak dari di dekati oleh anjing.

Anak-anak mereka amat ramah dengan saya. Dapat bermain sama-sama. Melihat kehidupan kanak-kanak di sana teringat dengan kehidupan masa zaman kecil-kecil dulu kat Kemaman.hehehehehehe...Sekarang ni, kehidupan saya telah di sibukkan dengan "assignment", persatuan, nak bersukan pun tak sempat.

Saya mengikuti Program PERKIM sejak dari tahun lepas lagi. Jadi, saya terfikir-fikir kenapa asyik pergi kat Kg.Orang Asli. Tapi sekarang saya faham, mereka juga memerlukan perhatian yang sepatutnya kita berikan. Lebih-lebih lagi tentang Islam. Banyak usaha yang telah di lakukan untuk memberi pengetahuan tentang Islam, seperti kelas agama. Tapi penekanan yang berterusan amat perlu.

Kesannya dapat dilihat bila kami buat kuiz agama, mereka turut libatkan diri. Antaranya dapat membaca azan. Mereka dapat menghayati tentang bagaimana kehidupan sebagai seorang Islam walaupun tidak sepenuhnya. Kami hanya memberi tunjuk ajar dari segi cara kehidupan

InsyaAllah, semoga mereka sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.

04 March 2009

Lili untuk Najah





Pertama kali beli novel guna duit sendiri,kalu tak mesti pinjam dari kawan-kawan jer.
Sekarang sebab dah de duit poket sendiri, boleh ler beli buku sikit-sikit. Ikut hati nak kumpul buku, nnt leh buat koleksi sendiri. Beli pun lepas dah bertanya dengan kawan-kawan yg lain pasal buku ni. Kenalah buat sedikit pemantauan sebelum membeli sesuatu.hehehehe
Setelah baca semalam, memang sangat menyedihkan. betul ler pe yg org lain bgtau, novel ini sangat menyentuh hati. Walaupun hanya sebuah cerita dalam novel, tapi jika di teliti dengan mendalam, banyak maksud tersirat. Sebagai contoh, bagaimana kita hendak menempuh kehidupan sekiranya tiba-tiba je orang y kita sayang, dalam sekelip meninggalkan diri kita. Jodoh dan ajal di tangan Allah. Daripada novel ini juga dapat mengajar erti sebuah pengorbanan, terutamanya kepada keluarga.Selain itu, satu pengajaran yang amat bermaknn dapat saya kongsikan bersama,kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa walaupun bertentangan pendapat. Tanpa mereka siapalah kita.

Telah kau tunai seribu janji...
satu kau mungkit...
hidup bersamaku...

03 March 2009

Sibuk sangat....sangat.....



Kesibukan melanda diri ini sampai rasa semua nye tak terurus....
bermula dengan competition "moot" kat UM...
pertandingan ini adalah kali pertama Pihak UDM hantar wakil.....
namun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua y terlibat dlm pertandingn tu especially "mooters"..mereka amat bekerja kuat untuk pertandingan ini...
walaupun kami tiada coach utk guide tapi masih mampu utk bua y terbaik...

setelah beberapa hari berada di Um, kembali semula ke UDM...
namun, selang dua hari sekelas kena g BTN....
penat balik dari UM pun tak hilang lagi...
dah kena pergi BTN....kat besut...
tp, alhamdulillah, best ler program kat sana...
sbb dapat naik bukit....BUKIT KELUANG....
dpt tengok pemandangan pantai dari atas bukit...sangat cantik....
MasyaAllah....sungguh indah ciptaan Allah...tiada kata y dapat menggambarkan keindahan ciptaan Allah....hehehehehe

balik dari BTN lak...assignment dan projek usahawan....
agak kalut gak nak siapkan semuanya sekali dalam masa 2 hari...
saya rasa sem ni la y paling sibuk skali....
alhamdulillah...hari ini semua nya dah selesai.....
walaupun diri ini rasa sudah tak berdaya utk siapkan semua...
namun dengan izin Allah....semua dapat dilaksanakan semampunya...


Dari hari ke hari, kita dapat lihat bahawa diri kita ini sentiasa disibukkan dengan dunia...
diri saya sendiri selalu terlalai dengan kehidupan dunia....
semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah...